BASIC FOREX

PEGENALAN FOREX
                                 
•   Forex (Foreign Exchange) ialah pertukaran matawang asing.
•   Ia juga dipanggil spot market.
•   Pertukaran matawang melibatkan lebih kurang 4500 bank dari
     seluruh dunia.
•   Tiada headquarters (HQ) atau satu lokasi yang tertentu untuk
     melakukan transaksi pertukaran matawang.
•   Semua transaksi jual beli dan pertukaran matawang dilakukan
     secara online melalui Internet.
•    Transaksi harian melibatkan 5.3 trillion US Dollar.
•    Forex dibuka kepada pelabur-pelabur kecil sejak tahun 1995.
•    Pelabur-pelabur kecil boleh berurusan dalam forex melalui 2 jenis
     akaun iaitu regular dan mini dengan penggunaan leverage.
•    Kita boleh berdagang dalam forex dengan serendah 1usd.
•    Segala keuntungan dan kerugian boleh kita tentukan sendiri

MATAWANG

• Matawang yang ditawarkan ialah:
                                                           

• Matawang terbahagi kepada 2 iaitu major dan minor. Major ialah

matawang yang paling kerap diperdagangkan iaitu USD, EUR, GBP,
CHF, JPY, AUD & CAD. Minor ialah matawang-matawang selain
daripada matawang major.
• Currency pair pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu major pair dan
cross pair.
• Major pair ialah semua currency pair yang salah satu pair
merupakan USD. Semua currency pair yang berpasangan dengan
USD dipanggil major pair. 4 major pair yang paling utama ialah
EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan USD/CHF.
• Cross pair ialah semua currency pair yang tidak berpasangan
dengan USD. Contohnya EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP
dan sebagainya.


Perbezaan FOREX dan SAHAM




TRADING SESSION

• Terdapat 3 sessi trading yang paling utama iaitu Tokyo, London dan
New York. Berikut adalah waktu trading bagi setiap sessi dalam
waktu Malaysia.


• Market paling aktif apabila 2 sessi bertembung iaitu sessi Tokyo –
London (4 – 5 petang) dan sessi London - New York (8 malam – 1
pagi).



JENIS-JENIS MARKET

Bagaimana Trader mendapat untung?


• Untung dikira menggunakan konsep asas perniagaan iaitu:
Untung = Beli harga rendah (buy low) dan jual dengan harga tinggi (sell high)



Untuk contoh di atas, katakan kita beli pada harga 1.8900, dan setelah
harga naik sehingga 1.9000, kita jual matawang tersebut. Oleh itu, kita
telah untung 100 pip. (1.9000 – 1.8900 = 100)
• Trader mendapat untung dengan mengumpul pip. Pip ialah
pergerakan price sebanyak 0.0001 atau 0.01 bergantung kepada
currency pair yang anda pilih. Nilai 1 pip bergantung kepada jenis
akaun dan lot yang anda gunakan. (akan diterangkan dalam
bahagian yang seterusnya)


PIP

• Pip merupakan unit ukuran bagi pergerakan harga. Jika harga naik
daripada 1.9005 ke 1.9006, ia dikatakan telah naik 1 pip. Apabila
harga turun daripada 1.9005 ke 1.9004, ia dikatakan telah turun 1
pip.
• 1 pip = 0.0001 atau 0.01 unit pergerakan bergantung kepada
currency pair yang anda pilih.




Lot, Margin dan Leverage

• Terdapat 2 jenis akaun yang ditawarkan oleh broker iaitu akaun
regular dan akaun mini.
• Setiap transaksi atau urusniaga jual beli adalah dalam bentuk lot.
Nilai 1 lot adalah berbeza untuk akaun regular dan akaun mini.
• Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara kedua-dua jenis
akaun mengikut standard leverage iaitu 1:100. (leverage akan
diterangkan dalam topik yang seterusnya)


• Jika anda ingin membuka akaun regular atau akaun mini, anda
perlu ada sekurang-kurangnya 3 atau 4 lot. Jika anda ingin
membuka akaun regular, dan broker mengenakan syarat minimum
4 lot untuk membuka akaun regular, maka anda perlu ada modal
sebanyak 4000 USD kerana nilai 1 lot ialah 1000 USD.
• Setiap kali anda trade atau membuat transaksi jual/beli, anda akan
menggunakan sebahagian daripada modal anda. Ini dipanggil
margin. Jika anda mempunyai modal sebanyak 5000 USD, anda
menggunakan 1000 USD sebagai margin untuk anda trade.
Selebihnya, 4000 USD digunakan sebagai reserve atau back-up
margin.


LEVERARAGE

• Leverage mempunyai konsep yang sama seperti pinjaman.
• Apabila anda trade 1 lot utk akaun regular, saiz lot itu ialah
100,000 USD dan bermakna anda memerlukan modal sebanyak
100,000 USD untuk melakukan transaksi jual/beli currency pair.
• Tetapi dengan adanya leverage, anda tidak perlu ada modal
sebanyak itu, leverage adalah seperti pinjaman, di mana kita perlu
ada 1% daripada modal keseluruhan.
• Leverage yang standard ialah 1:100. Ia bermaksud anda hanya
perlu ada 1/100 atau 1% daripada jumlah sebenar. 1% ialah modal
anda sendiri, 99% dipinjamkan oleh broker anda.
• Contoh pengiraan:
Akaun Regular: 100,000 USD
Leverage: 1:100
Ini bermakna, anda perlu ada 1% daripada 100,000 USD untuk 1
lot.

1% x 100,000 USD = 1000 USD
Oleh itu, nilai 1 lot untuk akaun regular = 1000 USD


• Dari jadual di atas, dapat dilihat bahawa apabila leverage semakin
tinggi, semakin tinggi pinjaman yang diberikan kepada anda dan
semakin kurang modal yang perlu anda sediakan untuk 1 lot.
• Untuk semua leverage yang berbeza-beza, nilai 1 pip tetap sama
bagi 1 lot. Jika akaun mini, 1 pip untuk 1 lot ialah 1 USD dan 1 pip
untuk 1 regular lot ialah 10 USD.
• Katakan anda mempunyai modal 1000 USD dan anda ingin
membuka akaun mini. 1 mini lot = 100 USD. Dengan modal 1000
USD, anda boleh mendapat 10 lot. Jadual di bawah menunjukkan
perbandingan leverage dengan menggunakan modal 1000 USD.


• Leverage yang besar akan memberikan pulangan yang besar
kepada anda. Risiko juga semakin besar. Oleh itu, penggunaan
leverage yang besar memerlukan money management yang betul.

Forex Quotes

• Forex Quotes terdiri daripada 2 matawang. Matawang di sebelah
kiri dipanggil Base Currency dan matawang di sebelah kanan
dipanggil Quote atau Counter Currency.


• Forex Quotes terdiri daripada 2 harga iaitu BID dan ASK.
• Pembeli akan membeli pada harga yang rendah. Harga yang rendah
ini dipanggil BID. (Buyer is BIDDING at lower price)
• Penjual akan menjual pada harga yang tinggi. Harga yang tinggi ini
dipanggil ASK. (Seller is ASKING for a high price)
• Spread ialah perbezaan di antara BID dan ASK. Dalam gambar di
atas, spread bagi EUR/USD ialah 4 pip.
• Spread ialah bayaran yang dikenakan oleh broker ke atas setiap
transaksi jual/beli yang dilakukan oleh trader.

Jenis-Jenis Order

Market Order

• Market order ialah sejenis order untuk BUY atau SELL pada harga
semasa.
Limit Order (Take Profit Order)
• Limit order ialah sejenis order di mana anda boleh menetapkan
berapa banyak keuntungan yang anda mahu dengan meletakkan
harga tertentu untuk anda close position anda.
• Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil
untung sebanyak 20 pip. Anda boleh set Limit Order atau Take
Profit anda pada harga 1.8020. Apabila harga naik mencecah
1.8020, position anda akan ditutup secara automatik.
Stop Order (Stop Loss Order)
• Stop Loss order ialah sejenis order di mana anda boleh menetapkan
berapa banyak kerugian yang anda sanggup tanggung.
• Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil
untung sebanyak 20 pip. Jika harga naik, anda akan untung. Tetapi
jika harga turun lebih rendah daripada 1.8000, anda akan rugi.
Dengan menggunakan Stop Loss order, anda boleh tetapkan berapa
pip anda sanggup rugi. Jika anda sanggup rugi 20 pip sahaja, anda
boleh letakkan Stop Loss order pada harga 1.7980. Apabila harga
turun sampai 1.7980, position anda akan ditutup dan anda akan
rugi 20 pip sahaja.
• Jika anda tidak meletakkan stop loss, anda mungkin akan rugi lebih
daripada itu.


Buy Stop dan Buy Limit Order
• Buy Stop order ialah sejenis order untuk anda BUY pada manamana
harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa.
• Buy Limit order ialah sejenis order untuk anda BUY pada manamana
harga yang berada lebih rendah daripada harga semasa.
Sell Stop dan Sell Limit Order
• Sell Limit order ialah sejenis order untuk anda SELL pada manamana
harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa.
• Sell Stop order ialah sejenis order untuk anda SELL pada manamana
harga yang berada lebih rendah daripada harga semasa.


Jenis-jenis Trader

1: Scalper
• Menggunakan teknik scalping iaitu mengambil profit yang sedikit,
selalunya kurang daripada 10 pip untuk setiap trade.
• Scalper selalunya trade lebih daripada 10 kali dalam sehari.
• Mendapat untung yang banyak apabila membuka banyak position
dan mengumpul jumlah pip yang sedikit bagi setiap position.

2: Swing Trader
• Position dibuka lebih daripada 24 jam, mungkin 2 hari, 2 minggu, 2
bulan atau sebagainya.
• Merupakan mid-term & long-term trader.
• Mereka lebih suka trade mengikut arah trend, terutamanya trend
yang besar (major trend pada timeframe 4 hour atau daily dan
sebagainya).
• Trader akan dikenakan daily interest apabila position mereka
dibiarkan/dibuka melebihi tempoh 24 jam.

3: Day Trader
• Position dibuka tidak lebih daripada 24 jam

CARA MENDAPATKAN UNTUNG

Cara 1: Tuah
• Anda bertuah dan bernasib baik jika anda mendapat untung
daripada trading anda, tetapi anda tidak tahu apa yang anda
lakukan. Nasib tidak akan menyebelahi kita sepanjang masa. Akan
sampai masa di mana anda tidak bernasib baik dan hilang semua
modal anda.

Cara 2: Mentor
• Anda belajar melalui mentor/guru dan mendapatkan maklumat yg
betul tentang semua aspek mengenai FOREX. Paling penting, anda
harus belajar 2 perkara iaitu:
a) belajar bila waktu yang sesuai untuk anda enter position dan
bagaimana caranya.
b) belajar bila waktu yang sesuai untuk anda close position dan
kenapa anda close position tersebut.